Friday, October 25, 2013

BISNES SBW DI BANDAR HAT YAI

Salam hormat,

Untuk makluman anda semua, penulisan ini adalah merupakan paparan terakhir daripada paparan-paparan mengenai hasil lawatan saya ke industri SBW di Selatan Thailand.

Kali ini saya akan memberikan gambaran beberapa bisnes SBW di sekitaran bandar ini yang sempat saya lihat. Pertama sekali, satu pemandangan daripada aras 19 Hotel Lee Gardern (tingkat 9 hotel), ia itu permandangan daripada bilik saya menginap. Untuk amkluman anda juga lobby hotel terletak di tingkat ke 10 bangunan komersial ini.




Sebelum kami menginap di hotel ini, daripada Nakhom Si Thamarrat, sempat singah di sebuah restoren dalam Nora Plaza. Di sini kami mencuba semangkuk sup SBW. Bergantung kepada jinis sup yang dipohon, ia berharga antara RM20 ke RM40 semangkuk. Lihat gambar promosi berikut. Saya mencuba sup Lai Chi Kang yang berharga RM30.00 semangkuk.





Kalau dilihat ke dalam mangkuk ini (gambar di atas) memmang sukar untuk menjawab soalan...berapa banyak SBW di dalamnya?

Peruncitan SBW dalam bentuk minuman dan sup juga dapat dilihat, sebelah malam sahaja, di beberapa gerai di hadapan bangunan hotel. Harganya pun tidak jauh daripada apa yang ditawarkan di Nora Plaza sebelum ini.



Selepas makan malam, saya dan rakan terus jalan-jalan sambil melihat apa yang terdapat di bandar Hat Yai ini. Maklomlah kali pertama menjejakkan kaki ke sini. Kelihatan memang banyak sekali kedai yang memberikan perkhidmatan urut tapak kaki (Foot Reflexsiology). Semasa jalan-jalan ini saya terjumpa sebuah kedai yang menjual minuman SBW dan juga SBW mentah. Saya dibenarkan mengambil beberapa gambar, dan seperti berikut,





Tekaan saya kenapa ada beberapa kedai dan peruncit yang terlibat dengan pemasaran SBW di sini, dan mungkin banyak kedai lagi, ialah ada kaitan dengan pengunjung wagra China dan mereka ini memakan produk SBW ini untuk memberikan tenaga.

Bagi saya terpenting di Selatan Thailand ini wujudnya usaha untuk memasarkan SBW serta produk tambah nilainya. Jika usaha pemasaran ini tersebar luas di kota-kota besar yang lain seperti Bangkok, ini tidak secarang langsung membantu pemasaran SBW di Selatan Thailand dan tidaklah terlalu bergantung kepada permintaan daripada negara China sahaja.

Skian,


Dr Azizol Bin Mohd Sharun

Thursday, October 24, 2013

HARGA MINYAK DI SELATAN THAILAND

Salam hormat,

Disepanjang tempoh lawatan kami, satu perkara yang saya perhatikan semasa kenderaan yang membawa kami berhenti untuk mengisi minyak, harga minyak di sini rata-rata tinggi. Lihat gambar-gambar berikut.






Sekali lagi saya beritahu RM1 bersamaan, lebihkurang 10TBH. Kalau kita lihat gambar di bawah sekali, harga disel di sini bersamaan RM4.14 seliter. Harga petrol sekitaran RM3.30 ke RM3.60 se liter.

Dalam gambar teratas, RON 95 dijual dengan harga RM3.90 seliter. RON 91 dijual dengan harga RM3.65 seliter.

Jadi kita di Malaysia amat sesuailah bersyukur dengan subsidi yang diberikan dan elakkan daripada membazir. Mari kita gunakan bahan bakar ini seproduktif mungkin.

Skian,


Dr Azizol Mohd Sharun

Wednesday, October 23, 2013

RBW MILIK PENGHULU TSID DI THA SALA

Salam hormat,

Semasa di Nakhon Si Thammarat, kami sempat berkunjung ke satu lokasi, kira-kira 70Km ke utara bandar Nakhom Si Thammarat, bernama Tha Sala (lihat kedudukan Tha Sala di dalam peta berikut)



Bandar Tha Sala ini berkedudukan ditepi pantai. Kelihatan beberapa RBW di dalam bandar kecil ini. Ada yang di atas bangunan kediaman , ada yang berasingan dan ada juga yang tinggi dan besar, setinggi 6 tingkat. Di akhir sekali kami singah ke sebuah RBW yang sedang dalam pembinaan. Rumah ini kebetulan milik penghulu Tha Sala, Penghulu Tsid.

Permulaannya beliau hendak membina sebuah banguna dibawahnya menempatkan sebuah kedai minyak. Setelah menerima kunjungan seorang pedagang China, yang sanggup membeli berapa sahaja kuantiti sarang yang beliau ada, langsung beliau merubah fikiran, dan membangunkan sebuah RBW yang berukuran (20'X30'X10')X3 tingkat.


                                                          Tok Penghulu Tsid

RBW beliau hampir siap, dan setakat ini beliau telah berbelanja sebanyak RM300,000.00 . Semasa kami melawat RBW ini diperingkat pendawaian sistem audio. Menurut beliau lagi kos sistem audio sahaja tak kurang daripada RM10,000.00 . Pandangan saya RBW ini agak mahal berbanding dengan RBW di Malaysia.


                                 Pandangan Dari Hadapan (sisi)


                                  Pandangan dari belakang

Lubang masuk walit berukuran 3'X2' dan menghadap ke daratan. Kira-kira 200 meter daripada bangunan ini adalah sebuah Masjid.

Berikut adalah beberapa gambar di bahagian dalam RBW ini.


                                     Tangga antara lantai





Perhatikan papan sudut yang digunakan. Juga perhatikan hanya 2 buah tweeter sahaja di dalam ruang bersarang seluas 10'X15'.


                               Paip Pengudaraan (dari dalam)


                               Paip Pengudaraan (bahagian luar)

Saya tidak pasti sama ada RBW ini akan menggunakan pengabut udara atau pun tidak. Sarang tiruan memang tidak ada.

RBW ini dibina oleh seorang yang juga telah memiliki sebuah RBW yang berjaya. Jadi beliau sudah memahami keperluan walit untuk tinggal di dalam rumah yang dibina.

Skian..


Dr Azizol Bin Mohd Sharun

Tuesday, October 22, 2013

ZON WALIT DI PAK PHANANG

Salam hormat,

Bertemu kita sekali lagi, seterusnya saya akan mengambarkan sebuah zon walit di Pak Phanang. Pak Phanang ini terletak sekitaran 75Km ke Timur Laut bandar Nakhom Si Thammarat.


                         Pak Phanang bertanda bulatan merah



Di zon ini kami diperlihatkan satu kawasan, berhampiran dengan pantai, yang padat dengan RBW. Kami juga diberitahu di dalam zon ini terdapat kira-kira 1,000 buah RBW pelbagai saiz, majoritinya besar-besar belaka.  Sekali imbas zon ini seolah-olah sebuah kotaraya yang besar.

RBW di sini kebanyakkannya setinggi 7 ke 8 tingkat. Lihat beberapa gambar berikut.











Satu perkara yang saya perhatikan bunyi suara pemikat walit tidaklah sekuat seperti yang terdapat di negara kita. Anggaran saya sekitaran 40 ke 50dB sahaja.

Ada di antara RBW ini, walaupun tinggi, tetapi mempunyai beberapa pintu masuk walit. satu ke dua lubang di setiap tingkat. Kebanyakkan mempunyai satu lubang masuk sahaja, dan terletak ditingkat teratas bangunan.

Menurut seorang pengusaha, peratusan kejayaan bidangusaha walit di zon ini agak rendah, sekitaran 10% sahaja. Maksud kejayaan disini ialah hasil RBW setiap bulan mampu membiyai pinjaman bank dengan sedikit lebihan.


Skian dahulu,



Dr AzizolMohd Sharun

Monday, October 21, 2013

BAHAN BINAAN RBW

Salam hormat,

Kembali semula kita kepada perkara pokok, iaitu industri SBW di Selatan Thailand.  Kali ini saya hendak mengambarkan pula, bahan binaan yang mereka guna dalm pembinaan sesebuah RBW. Mungkin ada banyak bahan-bahan yang lain yang saya tidak berkesempatan melihat dan menilainya.

Dinding RBW dibina menggunakan batu-bata yang sama seperti kita. Kemungkinan ada yang diikat dua lapis. Tetapi saya juga melihat mereka menggunakan batu-bata merah yang diperbuat daripada tanah liat yang berlubang (lihat gambar berikut).


                           Gambar di kilang batu bata

Kita semua mengetahui bahawa udara adalah merupakan penahan haba yang berkesan. Jadi dengan adanya rongga-rongga ini, suhu di dalam rumah adalah lebih dingin. Perhatikan juga cara mereka menggunakan bata ini di sebuah bangunan yang diubahsuai menjadi RBW (gambar di bawah)



Dari sudut papan sirip, mereka juga menggunakan kayu meranti. Ada yang berlorek dan ada yang tidak berlorek (gambar-gambar berikut).






                                  Papan Sirip tidak berlorek

Ada juga kelihatan beberapa premis yang menggunakan bata buih sebagai bahan untuk dinding. Lihat gambar berikut.





Selain daripada itu, saya juga perhatikan mereka menggunakan paip pengudaraan saiz 3".

Mereka juga menggunakan tweeter (dalam bangunan) yang sama bentuk dan kekuatanya dengan yang kita guna di Malaysia.

Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Sunday, October 20, 2013

JALAN-JALAN CARI MAKAN

Salam hormat,

Saya percaya ada di antara pengunjung sesawang ini tertanya-tanya tentang makanan di Selatan Thai, kawasan yang kami lawati. Mudah kah hendak dapatkan makanan islam, atau apakah masakan mereka berbeza dengan kita di Malaysia? 

Untuk makluman anda, menu tetap kami ialah TOM YAM. Cuma rasa tom yam mereka ni agak berbeza dengan yang ada di Malaysia. Kalau yang di Malaysia tu, sekali dalam sehari cukup sudah, dan hendak makan tom yam setiap hari lagilah tak laratnya. Tapi di sini OK sahaja.

Sebagaimana yang anda sedia maklum, di Selatan Thai ini hampir 80% penduduknya beragama Islam. Oleh yang demikian saya perhatikan makanan Islam ada di mana-mana sahaja ( termasuklah Mesjid). Jika dalam perjalanan ada tempat seperti R&R adalah kedai makanan Islam (gambar di bawah).



Di bandar teratas yang kami lawati, iaitu Nakhom Si Thammarat, ada terdapat beberapa buah kedai makanan Islam. Di restoren yang kami makan, kalau berkehendakkan roti telor atau roti canai pun ada. Bagusnya di sini penebar rotinya seorang wanita.



Kalau mereka ini sediakan teh bersusu, mereka sediakan teh bersusu ini di dalam satu cawan gelas yang agak kecil (tak pernah lihat di tempat kita bagi tujuan ini). Teh bersusu ini disediakan kira-kira 3/4 cawan sahaja. Memang pekat sekali sehinggakan kelat teh amat terasa. Tetapi disediakan juga di atas meja air suam, jadi jika pekat atau manis sangat anda campurlah air suam secukupnya dan mengikut citarasa anda sendiri.

Di suatu lokasi lain di pinggir Nakhom Si Thammarat ini kami bersarapan pagi. Kami lihat gerai kecil di tepi jalan ini menghidangkan pelbagai masakan dan hampir sama dengan apa yang terdapt di gerai kita di Malaysia. Lihat gambar-gambar berikut.





Saya agak terperanjat bila melihat gulai lemak bercili nangka campur daging ayam tu. Saya nak rasa agak masih awal pagi. Tetapi saya cuba juga makan sira ubi kayu dicampur dengan santan kelapa, memang enak sekali.



Kalau di bandar Hat Yai itu saya rasa anda sendiri tahu memang ramai rakyat Malaysia yang berkunjung ke sana. Jadi memanglah banyak kedai makan Islam. Di pekan Hat Yai ini kos makanan sebagai contoh, roti canai dan teh tarik ialah 30BTH, kira RM3 duit kita. Banyak kedia makan yang selesa dan harga yang berpatuttan.


                            Berselera sungguh orang kita makan


                                        Restoren di Patani


Pendek kata untuk mendapatkan makannan Islam tiada masaalah di Selatan Thailand.


Skian



Dr Azizol bin Mohd Sharun

Saturday, October 19, 2013

HARGA SBW DI THAILAND LEBIH MENARIK

Salam hormat,

Pengusaha SBW di Selatan Thai menyatakan mereka juga mengalami kejatuhan harga pada tahun 2010. Episod ini jika diperhatikan betul-betul, adalah sama dengan apa yang dialami di Malaysia dan juga Indonesia, cuma yang berbedza ialah sebab-musababnya. Di Thailand isu ini dikaitkan dengan penggunaan bahan kimia didalam proses pencucian SBW.

Sungguh pun demikian, saya perhatikan harga SBW mentah dan separuh diproses di Thailand adalah lebih menarik daripada harga yang diperdagangkan di Malaysia dan Indonesia. Sebagai contoh, harga SBW yang 80% dibersihkan (gambar di bawah) dijual dengan harga RM4,000.00 se kilogram di Bangkok.



Jika diperhatikan betul-betul kebanyakkanya sarang di atas adalah daripada gred A dan B.

Di sebuah kedai di bandar Hat Yai yang menjual SBW dan produk hiliran SBW, SBW yang sudah diproses( dicuci) dijual dengan harga RM780.00 untuk setengah kilogram (gambar berikutnya).



Harga SBW yang berwarna kemerah-merahan (gambar di atas) lebih mahal. Sarang ini bukan yang diwarnakan dan saya dapat lihat mereka mencuci sarang asal di kedai berkenaan.

Untuk makluman anda RM1 bersamaan 10Thai Bath.

Salah satu daripada faktor yang menyebabkan harga SBW lebih baik di Thailand, kemungkinan besar berkait rapat dengan kadar permintaan yang tinggi berbanding di Malaysia. ini juga dikaitakn dengan jumlah penduduk Thailand yang jauh lebih ramai (kira-kira 70 juta).

Skian,


Dr Azizol Bin Mohd Sharun.